PENGALAMAN
BERHARI RAYA DI KAMPUNG
Malam itu selepas berterawikh, saya
sekeluarga terus mengemaskan pakaian untuk pulang ke kampung nenek. Selesai
solat subuh keesokan harinya, kami terus bertolak ke kampung nenek di Batu Pahat, Johor. Tiba
di kampung kira-kira jam 12.00 tengah hari.
Nenek dan datuk sedang merebus
ketupat dan memasak pelbagai jenis lauk-pauk. Mereka sungguh gembira kerana kami pulang untuk
beraya bersama mereka. Selesai berbuka puasa dan solat maghrib, kami menikmati
ketupat, rendang dan pelbagai juadah
yang nenek masak.
Datuk dan nenek memang menunggu
kepulangan kami untuk membuat lemang. Malam itu saya sekeluarga menolong mereka
membuat lemang. Inilah pengalaman baru saya, membakar lemang. Adik-adik saya
seronok bermain bunga api bersama saudara-mara di kampung. Ayah memerhatikan
keselamatan mereka.
Lewat malam barulah kami tidur.
Selepas solat subuh, kami bersarapan awal kerana hendak menziarahi kubur kaum
keluarga. Pulang dari tanah wakaf, kami terus mandi dan berpakaian serba baru.
Sebelum ke masjid, saya sekeluarga memohon maaf kepada datuk dan nenek. Saya
memeluk dan mencium ibu dan ayah serta memohon maaf kepada mereka.
Kaum lelaki pergi ke masjid untuk
solat aidil fitri. Kaum perempuan di rumah sahaja dan menyiapkan hidangan
kuih-muih dan juadah yang ada. Sekembali dari masjid, kami sekeluarga serta
saudara-mara yang lain berkumpul dan membacakan tahlil serta bersalam-salaman sesama
saudara-mara. Masa inilah yang saya tunggu-tunggu. Kanak-kanak menerima duit
raya.
Selepas itu kami
menikmati juadah yang disediakan. Lemang menjadi pilihanku, kerana itulah hasil bekas tanganku malam tadi.
Rendang daging nenek sungguh enak dimakan bersama lemang. Selesai makan, kami
perlu mengemaskan hidangan kuih-muih dan juadah untuk tetamu kumpulan marhaban
kampung. Kaum lelaki semua beraya mengikut kumpulan marhaban.
Kira-kira jam empat petang, kumpulan marhaban tiba. Mereka
mengalunkan selawat beramai-ramai dan membacakan doa. Saya sempat juga mengikut
kumpulan marhaban itu. Walaupun penat, tetapi pengalaman itu sungguh
menyeronokkan.
Pada sebelah malamnya, kami bertandang ke rumah jiran-jiran
dan saudara-mara yang berdekatan rumah datuk. Keesokan harinya, saya berpeluang
beraya dengan saudara-mara di sekitar kampung dengan berbasikal.
Setelah tiga hari beraya di kampung, kami berkemas untuk
pulang ke rumah datuk keluarga ibu pula. Tahun ini saya dapat mengumpul banyak
duit raya kerana ramai adik-beradik ayah pulang beraya. Pengalaman hari raya
tahun ini sungguh menyeronokkan.
MINGGUAN DI SEKOLAH KAMU
Laporan Perhimpunan Mingguan
Sekolah Kebangsaan Parit Kemang
Pada hari Isnin setiap minggu
persekolahan, perhimpunan mingguan sekolah diadakan bertempat di dewan terbuka
SK. Parit Kemang. Semua murid dan guru mesti menghadiri perhimpunan mingguan
tersebut. Pengawas-pengawas bertugas membantu melancarkan perjalanan
perhimpunan mingguan. Mereka bertugas mengikut jadual yang ditetapkan.
Pada tepat jam 7.15 semua murid dan
guru berhimpun di tapak perhimpunan. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu
sekolah “Teguh Usaha Jaya”, dikuti dengan bacaan Asma-ul-husna . Bacaan doa dan
ikrar diketuai oleh pengawas bertugas.
Guru bertugas menyampaikan ucapan mengikut tema
mingguan. Antaranya adalah
peraturan sekolah, disiplin diri , kebersihan , akhlak mulia dan keselamatan
jalan raya. Seterusnya adalah ucapan Guru Besar. Murid-murid membuat catatan.
Pada setiap minggu, pengawas pusat sumber sekolah akan menyampaikan
info PSS yang menerangkan tentang
buku-buku baru atau menarik yang terdapat di perpustakaan sekolah.
Aturcara perhimpunan diakhiri dengan
upacara menaikkan bendera negeri Johor diiringi dengan nyanyian lagu Bangsa
Johor. Seterusnya bendera Jalur Gemilang dinaikkan diiringi dengan nyanyian
lagu Negaraku. Perhimpunan tamat dan
bersurai pada pukul 7.45 pagi. Semua murid masuk ke kelas masing-masing untuk
memulakan sessi pembelajaran.
Perhimpunan mingguan berjalan dengan lancar. Semua
maklumat dan peringatan dapat disampaikan melalui perhimpunan mingguan.
Laporan
disediakan oleh,
Tarikh:
8 MAC 2010
…………………………………..
(BADUL
MUHAYAT BIN ABDILLAH)
Tajuk : Hobi Saya
Hobi merupakan kegiatan yang kita
lakukan untuk mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah. Hobi saya ialah membaca buku. Saya
suka memban pelbagai jenis bahan bacaan yang informatif seperti surat khabar, buku-buku
yang berunsur pengetahuan dan pelbagai majalah yang menyajikan berbagai-bagai
maklumat tentang sesuatu yang belum saya ketahui.
Saya
gemar membaca kerana saya cinta akan ilmu.
Tambahan pula, ibu bapa saya memang menggalakkan saya membaca. Malahan kedua-dua ibu bapa saya juga gemar
membaca. Mereka sering membelikan
saya majalah berunsur pengetahuan malah membawa saya ke pamern buku. Mereka memberi kebebasan kepada saya
untuk memilih majalah yang bermutu dan informatif.
Saya
juga gemar membaca kerana bercita-cita untuk menjadi guru. Untuk menjadi guru yang baik kita
haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan bermanfaat untuk murid-murid. Guru yang berpengetahuan luas tentu dihormati
dan disayangi oleh murid-muridnya.
Sesungguhnya
banyak kebaikan yang diperoleh melalui membaca. Kita
sentiasa mendapat maklumat terkini tentang sesuatu perkara di samping
menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang. Selain
itu, masa kita juga turut terisi dengan melakukan perkara yang berfaedah. Dengan itu
kita dapat menghindari masalah social yang memudaratkan.
Oleh
itu, saya ingin mengingatkan kawan-kawan supaya memilih hobi yang baik dan
mendatangkan faedah. Kenalilah
kelebihan dan bakat yang ada pada diri. Pupuklah
hobi serta bakat tersebut, dan suburkannya dengan azam yang kuat untuk berjaya.
Erm .. boleh tak tolong poskan pengalaman hari pertama persekolahan ? :)
BalasPadamboleh tak kalau buat karangan aku seorang budak nakal....
BalasPadamboleh tak saya dapat pengalaman menyambut hari raya bersama keluarga ting 3.terima kasih
BalasPadamko tu dh tinkatan 5 sekarang ni fikir la sendiri
Padamboleh tak keluarkan karangan upsra yang bertajuk pengalaman di hari raya...terima kasih...
BalasPadamBoleh Tak Letakkan karangan Tahun 5 bertajuk "pengalaman hari raya yang tidak dapat saya lupakan"..... terima kasih.... saya harap kamu dapat menulisnya....
BalasPadamJangan harap
PadamTak baik la
Padamentah
Padamko tu dh tinkatan 5 sekarang ni fikir la sendiri
BalasPadamwalaupun doh nek tingkate 5 apo salehnya nak betanye yang hangni satu pulak umui dah berape dok mengate ore sana sini tah maluke kalau iyapun cako lh bek bek keh seneng ni cako bukai mai melepah lagi uboh siki perange noh beginikh ore sabo becake tah bek bek
BalasPadamassalamualaikum cikgu
BalasPadamsaya minta izin gunakan bahan dalam ni ya.
Terima kasih cikgu