8 Dis 2012

Contoh karangan pengalaman

Baca dan fahami


PENGALAMAN BERHARI RAYA DI KAMPUNG

            Malam itu selepas berterawikh, saya sekeluarga terus mengemaskan pakaian untuk pulang ke kampung nenek. Selesai solat subuh keesokan harinya, kami terus bertolak  ke kampung nenek di Batu Pahat, Johor. Tiba di kampung kira-kira jam 12.00 tengah hari.
            Nenek dan datuk sedang merebus ketupat dan memasak pelbagai jenis lauk-pauk. Mereka  sungguh gembira kerana kami pulang untuk beraya bersama mereka. Selesai berbuka puasa dan solat maghrib, kami menikmati ketupat, rendang  dan pelbagai juadah yang nenek  masak.
            Datuk dan nenek memang menunggu kepulangan kami untuk membuat lemang. Malam itu saya sekeluarga menolong mereka membuat lemang. Inilah pengalaman baru saya, membakar lemang. Adik-adik saya seronok bermain bunga api bersama saudara-mara di kampung. Ayah memerhatikan keselamatan mereka.
            Lewat malam barulah kami tidur. Selepas solat subuh, kami bersarapan awal kerana hendak menziarahi kubur kaum keluarga. Pulang dari tanah wakaf, kami terus mandi dan berpakaian serba baru. Sebelum ke masjid, saya sekeluarga memohon maaf kepada datuk dan nenek. Saya memeluk dan mencium ibu dan ayah serta memohon maaf kepada mereka.
            Kaum lelaki pergi ke masjid untuk solat aidil fitri. Kaum perempuan di rumah sahaja dan menyiapkan hidangan kuih-muih dan juadah yang ada. Sekembali dari masjid, kami sekeluarga serta saudara-mara yang lain berkumpul dan membacakan tahlil serta bersalam-salaman sesama saudara-mara. Masa inilah yang saya tunggu-tunggu. Kanak-kanak menerima duit raya.
 Selepas itu kami menikmati juadah yang disediakan. Lemang menjadi pilihanku, kerana  itulah hasil bekas tanganku malam tadi. Rendang daging nenek sungguh enak dimakan bersama lemang. Selesai makan, kami perlu mengemaskan hidangan kuih-muih dan juadah untuk tetamu kumpulan marhaban kampung. Kaum lelaki semua beraya mengikut kumpulan marhaban.
Kira-kira jam empat petang, kumpulan marhaban tiba. Mereka mengalunkan selawat beramai-ramai dan membacakan doa. Saya sempat juga mengikut kumpulan marhaban itu. Walaupun penat, tetapi pengalaman itu sungguh menyeronokkan.
Pada sebelah malamnya, kami bertandang ke rumah jiran-jiran dan saudara-mara yang berdekatan rumah datuk. Keesokan harinya, saya berpeluang beraya dengan saudara-mara di sekitar kampung dengan berbasikal.
Setelah tiga hari beraya di kampung, kami berkemas untuk pulang ke rumah datuk keluarga ibu pula. Tahun ini saya dapat mengumpul banyak duit raya kerana ramai adik-beradik ayah pulang beraya. Pengalaman hari raya tahun ini sungguh menyeronokkan.




Perhimpunan Mingguan

                TULISKAN SATU LAPORAN TENTANG PERHIMPUNAN
             MINGGUAN DI SEKOLAH  KAMU

            Laporan Perhimpunan Mingguan Sekolah  Kebangsaan Parit Kemang

            Pada hari Isnin setiap minggu persekolahan, perhimpunan mingguan sekolah diadakan bertempat di dewan terbuka SK. Parit Kemang. Semua murid dan guru mesti menghadiri perhimpunan mingguan tersebut. Pengawas-pengawas bertugas membantu melancarkan perjalanan perhimpunan mingguan. Mereka bertugas mengikut jadual yang ditetapkan.
            Pada tepat jam 7.15 semua murid dan guru berhimpun di tapak perhimpunan. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu sekolah “Teguh Usaha Jaya”, dikuti dengan bacaan Asma-ul-husna . Bacaan doa dan ikrar diketuai oleh pengawas bertugas.
            Guru bertugas  menyampaikan ucapan mengikut  tema  mingguan.  Antaranya adalah peraturan sekolah, disiplin diri , kebersihan , akhlak mulia dan keselamatan jalan raya. Seterusnya adalah ucapan Guru Besar.  Murid-murid membuat catatan.
            Pada setiap minggu,  pengawas pusat sumber sekolah akan menyampaikan info PSS yang  menerangkan tentang buku-buku baru atau menarik yang terdapat di perpustakaan sekolah.
            Aturcara perhimpunan diakhiri dengan upacara menaikkan bendera negeri Johor diiringi dengan nyanyian lagu Bangsa Johor. Seterusnya bendera Jalur Gemilang dinaikkan diiringi dengan nyanyian lagu Negaraku.  Perhimpunan tamat dan bersurai pada pukul 7.45 pagi. Semua murid masuk ke kelas masing-masing untuk memulakan sessi  pembelajaran.
            Perhimpunan  mingguan berjalan dengan lancar. Semua maklumat dan peringatan dapat disampaikan melalui perhimpunan mingguan.

Laporan disediakan oleh,                                                                                    

Tarikh: 8 MAC 2010

…………………………………..
(BADUL MUHAYAT BIN ABDILLAH)





 Tajuk          :         Hobi Saya


          Hobi merupakan kegiatan yang kita lakukan untuk mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah.  Hobi saya ialah membaca buku.                 Saya suka memban pelbagai jenis bahan bacaan yang informatif seperti surat khabar, buku-buku yang berunsur pengetahuan dan pelbagai majalah yang menyajikan berbagai-bagai maklumat tentang sesuatu yang belum saya ketahui.
         
          Saya gemar membaca kerana saya cinta akan ilmu.         Tambahan pula, ibu bapa saya memang menggalakkan saya membaca. Malahan kedua-dua ibu bapa saya juga gemar membaca.      Mereka sering membelikan saya majalah berunsur pengetahuan malah membawa saya ke pamern buku.          Mereka memberi kebebasan kepada saya untuk memilih majalah yang bermutu dan informatif.

          Saya juga gemar membaca kerana bercita-cita untuk menjadi guru.          Untuk menjadi guru yang baik kita haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan bermanfaat untuk murid-murid. Guru yang berpengetahuan luas tentu dihormati dan disayangi oleh murid-muridnya.

          Sesungguhnya banyak kebaikan yang diperoleh melalui membaca.   Kita sentiasa mendapat maklumat terkini tentang sesuatu perkara di samping menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang.      Selain itu, masa kita juga turut terisi dengan melakukan perkara yang berfaedah.  Dengan itu kita dapat menghindari masalah social yang memudaratkan.

          Oleh itu, saya ingin mengingatkan kawan-kawan supaya memilih hobi yang baik dan mendatangkan faedah.     Kenalilah kelebihan dan bakat yang ada pada diri. Pupuklah hobi serta bakat tersebut, dan suburkannya dengan azam yang kuat untuk berjaya.





12 ulasan:

  1. Erm .. boleh tak tolong poskan pengalaman hari pertama persekolahan ? :)

    BalasPadam
  2. boleh tak kalau buat karangan aku seorang budak nakal....

    BalasPadam
  3. boleh tak saya dapat pengalaman menyambut hari raya bersama keluarga ting 3.terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko tu dh tinkatan 5 sekarang ni fikir la sendiri

      Padam
  4. boleh tak keluarkan karangan upsra yang bertajuk pengalaman di hari raya...terima kasih...

    BalasPadam
  5. Boleh Tak Letakkan karangan Tahun 5 bertajuk "pengalaman hari raya yang tidak dapat saya lupakan"..... terima kasih.... saya harap kamu dapat menulisnya....

    BalasPadam
  6. ko tu dh tinkatan 5 sekarang ni fikir la sendiri

    BalasPadam
  7. walaupun doh nek tingkate 5 apo salehnya nak betanye yang hangni satu pulak umui dah berape dok mengate ore sana sini tah maluke kalau iyapun cako lh bek bek keh seneng ni cako bukai mai melepah lagi uboh siki perange noh beginikh ore sabo becake tah bek bek

    BalasPadam
  8. assalamualaikum cikgu
    saya minta izin gunakan bahan dalam ni ya.
    Terima kasih cikgu

    BalasPadam