11 Dis 2012

Peribahasa dan maksudnya


Peribahasa
Maksud

Sebagaimana acuan, begitulah kuihnya

Sifat seseorang anak biasanya mengikut kelakuan bapanya.
Ukur baju di badan sendiri


Kalau hendak melakukan sesuatu kerja, ikutlah kemampuan diri sendiri.
Alah bias tegal biasa
Sesuatu kerja yang rumit menjadi mudah sekiranya selalu dilakukan

Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung sampan hanyut

Orang yang malas berusaha akhirnya mendapat susah.
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

Setiap bantuan orang hendaklah kita kenangi.
Kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji.

Janji mesti kita tepati
Ringan tulang, berat perut
Orang yang rajin mudah perolehi rezeki.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Kalau kita melihat anak kita bersikap baik, kita mestilah menerapkan nilai murni itu dalam diri mereka sejak kecil

Berani kerana benar, takut kerana salah
Kalau kamu tidak melakukan perbuatan itu, janganlah kamu bimbang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan