8 Dis 2012

Bahasa Melayu Kertas 2 (bahagian B)

Untuk anak-anak didik Tahap 2
Jom Tulis karangan

Tuliskan suatu karangan autobiografi yang bertajuk “Aku Sebuah Televisyen”.





& ISI-ISI KARANGAN


ü  tempat kelahiran – bertubuh sasa, berwarna “silver” – lahir dalam keluarga mewah
ü  terkenal di antero dunia – Sony, nama komersialku – kualiti, pilihan pertama pengguna
ü  dilamar, sepasang suami isteri – setuju membeli aku – harga RM2200.00, secara tunai
ü  menemani mereka – berkhidmat, menyampaikan maklumat – banyak siaran, rasa letih
ü  disambar petir – jantung meletup dan badan terbakar – terkulai layu, tidak bermaya  
ü  kecederaan terlalu parah – kos rawatan tinggi – diganti dengan televisyen yang baru



*  Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.



AKU SEBUAH TELEVISYEN


CETUSAN IDEA


      Shah Alam ialah tempat kelahiranku. Tubuhku agak tegap dan sasa, badanku berukuran 29 inci. Kulitku pula berwarna “silver”. Aku lahir dalam keluarga yang agak mewah dan mementingkan kualiti.



SEBELUM

Baca soalan
Fahami soalan
Pilih nombor soalan
Analisis soalan
Cari kunci soalan
Tentukan tajuk
Tulis tajuk cerita*

SEMASA

Rangka/peta minda
Cetusan idea
Menyusun idea
Membina perenggan
Intro mengancam*
Contoh universal*
Bahasa bombastik*
Ayat memukau*
Pendapat rasional*

SELEPAS

Menyunting isi/idea*
Semak tanda baca*
Menyemak ejaan*

     
      Namaku terkenal di antero dunia. Jenama komersialku menjadi pilihan global seluruh pengguna masa kini. Aku bangga dengan namaku, Sony. Gambarku yang cerah dan berkualiti menyebabkan aku menjadi pilihan pertama pengguna.


       
      Pada suatu hari, aku telah dilamar oleh sepasang suami isteri. Mereka bersetuju membeli aku dengan harga RM2200.00 secara tunai. Harga tersebut tidaklah terlalu mahal bagi mereka. Aku pun dibawa pulang.


     
      Setiap hari aku menemani mereka. Aku berkhidmat menyampaikan berita dan maklumat terkini lagi sensasi. Pada hujung minggu pula, aku sibuk melayan kerenah mereka. Mereka memilih siaran Astro mengikut selera mereka, letihnya badanku.


       
      Pada suatu hari aku disambar petir. Jantungku tiba-tiba meletup, sebahagian badanku terbakar. Aku terkulai layu, tidak bermaya lagi. Sungguh malang nasibku. Aku dihantar ke satu tempat untuk menerima rawatan.


     
      Kecederaan yang kualami terlalu parah. Aku memerlukan kos rawatan yang agak tinggi. Tuan aku membuat keputusan untuk menggantikan aku dengan rakanku yang baru. Nampaknya, sampai di sini sahajalah khidmatku, selamat tinggal.
                                                 



2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Tahniah, usaha yang sangat berbaloi!. Teruskan usaha yang murni ini....

    BalasPadam