9 Dis 2012

Apa itu Hukum D ?


 Kesalahan hukum D-M

    - Hukum D-M ialah hukum tentang cara kata-kata disusun supaya frasa nama dapat
      dibentuk.
    - D bermaksud unsur/perkara yang diterangkan atau subjek ayat.
    - M bermaksud unnsur/perkara yang menerangkan atau predikat ayat
    - Suatu frasa nama unsur D mestilah mendahului M kecuali nama-nama jawatan.

      Ah Seng restoran terletak di persimpangan Jalan Melati (salah) 
      Restoran Ah Seng terletak di persimpangan Jalan Melati (betul) 


b. Kesalahan dari segi bentuk jamak;

    - Kata nama/frasa nama tidak boleh mengikut kata bilangan yang membawa maksud
      banyak

      Beberapa masalah-masalah berkaitan remaja perlu ditangani segera (salah) 
      Beberapa masalah berkaitan remaja perlu ditangani segera (betul) 


    - Kata nama/frasa nama tidak perlu digandakan menjadi penggandaan berentak/kata
      nama ganda berentak yang membawa maksud jamak tidak boleh hadir selepas kata
      bilangan tak tentu.

      Di daerah ini banyak bukit-bukau (salah)
      Di daerah ini banyak bukit (betul) 


    - Kata nama am/frasa nama am yang mendukung maksud jamak tidak perlu diulang.


      Generasi-generasi muda hari ini semakin goyah keimanannya (salah) 
      Generasi muda hari ini semakin goyah keimanannya (betul) 


    - Kata nama/frasa nama yang didahului oleh kata bilangan yang membawa
      makna/kumpulan tidak perlu diulang atau digandakan.

      Kaum petani-petani itu sedang mengerjakan tanah (salah) 
      Kaum petani itu sedang mengerjakan tanah (betul) 


    - Kata nama majmuk yang membawa maksud jamak tidak perlu diulang sama ada 
      sebahagian atau keseluruhannya.

      Sultan Mansur Shah suka mendampingi alim-alim ulama (betul) 
      Sultan Mansur Shah suka mendampingi alim ulama (salah) 

   - Kata ganti nama diri ketiga iaitu mereka tidak boleh diulang kerana sudah membawa maksud jamak.

      Mereka-mereka itu ialah kawan saya Salah) 
      Mereka itu ialah kawan saya  (betul) 

    - Kata nama di bahagian subjek tidak perlu diulang jika unsur predikatnya terbina 
      daripada kata adjektif yang digandakan atau sebaliknya.

      Baju-baju itu cantik-cantik belaka (salah) 
      Baju-baju itu cantik belaka (betul) 
      Baju itu cantik-cantik belaka (betul) 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan