9 Dis 2012

Apa itu Glosari?


Apa itu Glosari ?
Glosari ialah senarai istilah berserta takrifnya yang disusun mengikut abjad khusus.

Glosari dan takrifnya :

1.Diskaun       - potongan harga bagi sesuatu barang atau perkhidmatan

2.hamper        - bakul besar yang diisi dengan pelbagai barang sebagai hadiah.

3.Iklan             - pemberitahuan kepada orang ramai melalui surat khabar, televisyen, radio dan
                          media massa 
 yang lain

4.Jenama      - nama yang dikhaskan bagi sesuatu jenis barangan yang dikeluarkan oleh
                          pengilang.


5. Komersial   - perkara yangberkaitan dengan nilai dagangan.

6.Kos               - harga yang perlu dibayar untuk memperoleh , mengeluarkan, menyenggara
                            sesuatu barangan
 atau perkhidmatan

7.Laris             - tersangat laku (barang jualan)

8. Modal          - wang atau harta benda yang digunakan untuk menjalankan sesuatu
                           perniagaan.


9. Pembekal  - orang yang menyediakan bahan untuk perniagaan.

10 Peratus     - jumlah angka yang dibahagikan dengan seratus.

Apa itu Diksi ?
Diksi ialah pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan sesuatu perkara

Apa itu Mesej ?
Mesej merupakan pesanan yang ingin disampaikan kepada pembaca.

Apa itu Biografi ?

Biografi ialah riwayat atau kisah  hidup seseorang.

Apa itu teknik MASB2D ?

Teknik MASB2D, iaitu mengapa, apa, siapa, bila, bagaimana dan di mana untuk memperoleh maklumat mengikut kesesuaian tajuk

Apa itu Penanda Wacana ?

Penanda Wacana ialah perkataan yang digunakan untuk melanjutkan idea dalam sesuatu perenggan. Penggunaan penanda wacana akan melahirkan perenggan yang koheren, iaitu perenggan yang mempunyai kesinambungan antara satu ayat dengan ayat yang lain.
Contohnya ;
sungguhpun, hal ini demikian, walaupun, apatah lagi, dengan itu, oleh sebab itu, selain itu, oleh hal yang demikian, justeru, sementara itu, walau bagaimanapun

Apa itu Ayat Topik ?

Ayat Topik ialah ayat yang mengandungi isi utama dalam perenggan.

Apa itu Ayat Huraian ?

Ayat Huraian ialah ayat keterangan yang menjelaskan ayat topik dalam perenggan.

Apa itu kata Hubung

Kata Hubung ialah kata yang kita gunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa atau ayat dengan ayat. 
Contoh kata Hubung :
dan, maka, apabila, tetapi, kecuali, serta , jikalau, sebelum, walaupun serta bagaimanapun.

2 ulasan: