7 Dis 2012

Jom Klik Sayang


Mesti Tahu!!!!!
                                   

                                                



Pernah tengok tak pokok keladi hiasan seperti di atas? Tak sangka pula rupa-rupanya pokok ini begitu berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian sekiranya kanak-kanak termakan daun pokok ini. Awas!

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya kanak-kanak mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini.

Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta. Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak di ruang tamu atau di tempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun ialah lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Selain itu ia juga senang tumbuh berdasarkan iklim negara ini.

Daunnya yang besar dan hijau menyebabkan tumbuhan ini selalu diletak di kawasan taman awam. 


1 ulasan:

  1. Maklumat ynag cikgu paparkan amat menari dan memberi pengetahuan kepada saya.

    BalasPadam