30 Nov 2012

Kenali Bahasa

Kata Majmuk :

1.Nasi Uduk : nasi yang ditanak dengan santan, nasi lemak

2.Nasi Suap-suap : nasi kunyit yang disuapkan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan dan sebaliknya ketika bersanding.

3.Nasi Berdetus : nasi setengah masak.

4.Nasi Gudeg : nasi yang bercampur dengan gudeg iaitu sejenis masakan yang dibuat daripada nangka muda.

5.Nasi tingkas : nasi putih yang dibubuh nasi kunyit (atau warna lain) di sekelilingnya.

6.Nasi angkatan : nasi untuk menjamu orang besar-besar

Ayat-ayat contoh :

1. Nasi Uduk : Setelah menikmati nasi uduk ayam kampung itu, Mong Kit telah terlelap
    seketika sesi  kedua ceramah diteruskan kerana kekenyangan.

2.Orang ramai tersenyum-senyum apabila melihat gelagat pengantin lelaki yang
   sememangnya begitu gementar telah terlajak menyuapkan nasi suap-suap ke hidung
   pengantin perempuan.

3.Selera para pelanggan Restoran Mesra tiba-tiba tertutup apabila kebanyakan pelanggan
  yang membuat aduan mengatakab mereka tidak sanggup makan nasi berdetus.

4.Nasi tingkas yang disajikan oleh Puan Rajani, Puan Sebeetra, dan Puan Priya dalam
   Pertandingan Memasak Nasi Berhias telah mendapat perhatian ramai kerana hiasannya
   bukan sahaja daripada nasi kunyit tetapi juga nasi pelbagai warna yang membentuk corak
   kolam 1 Malaysia.

5.Nasi gudeg sememangnya menjadi kegemaran Azah dan Nina kerana rasa nangka muda
   itu yang mereka  katakan telah membuka selera.

6.Sebagai ketua, Tuan Haji nasir sentiasa mengawasi anak buahnya yang menanak nasi 
   angkatan bagi  majlis makan tengah hari Program Satu Bahasa Satu Malaysia yang turut
    dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan